Monday, July 25, 2011

Syurga::Jannah::Paradise...



salam...
masih mencari2 nk tulis apa sbnrye...
tapi masa tengah 'jalan-jalan' tertarik dgn tajuk tuuuu... ;)

kebetulan 7hari je bulan yg di nanti2 ibarat menanti orang yg dicintai tiba...
eh2...bulan??yup bulan Ramadhan,bulan berkat,rahmat,barakah dan mcm2 lagi nickname..
sebab apa,,sebab biar manusia ni,hamba2Nya rasa semngt,berkobar2 nak sambut ramadhan kann...

memng special bulan ni,,sbb pahala bergnda2...yakin!siapa yg tak rebut peluang ni amat2lah rugi lagi binasa...na'uzubillah...konfem2..apabila merebut pahala ganjaran terbesar dan sudah tentu idaman hamba2nya yg beriman ialah Syurga....tapi tak senang2 macam tu je tau nk dapatkn syurga...kena tempah tiket???emmm
"mahar sebuah syurga..."...
macam mana eh???

"Dalam hidup, kita sentiasa berdepan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu kita lakukan. Kedua, perkara yang suka kita lakukan. Sudah menjadi “sunnatullah”, kedua-dua perkara itu saling bertentangan antara satu sama lain. Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.

Untuk berjaya dalam hidup, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak suka melakukannya. Tidak ada pilihan, paksa diri untuk melakukannya! Lawan godaan dan rangsangan yang menggamit hati kita untuk melakukan perkara yang suka kita lakukan.

Dalam hidup, untuk berjaya dan bahagia kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu keluar daripada “zon selesa” menuju “zon mencabar” kerana di zon yang mencabar itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa depan.

Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu berubah. Tetapi perubahan itu “awkward”– yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.

Oleh sebab itulah ramai yang tidak mahu berubah. Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama. Kesannya? Mereka terus gagal, hina, miskin, lemah atau jahil kerana enggan berubah.

Berlakulah apa yang sering diungkapkan:

“Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!”

Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal..."- Ustaz Pahrol-

p/s:mga ap yg dihajati akan termakbul! ^___^
delete dosa-dosa lalu top up iman di dalam diri dan....redeem pahala sebanyak mungkin... yuk...!!

Wednesday, July 20, 2011

~kepastiAn~




"Seandainya kau tangisi kematianku

Dan kau siram pusaraku dengan air matamu


Maka di atas tulangku yang hancur luluh

Nyalakanlah obor buat umat mulia ini


Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya


Kematianku adalah suatu perjalanan


Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
...."
(petikan puisi As-Syahid Sayyid Qutb)


~p/s : kematian itu suatu yg pasti...Bagaimana persediaan kita menghadapinya???
******RAmaDhan countDowN ---> 12day <---******

Monday, July 18, 2011

:::.TaLI iTu....

orang yang kurang beriman ataupun tidak beriman,hidupnya bagaikan layang2 yang putus tali...

nampak sahaja bebas,ke atas dan ke bawah,ke kanan dan ke kiri.

sebenarnya dia tidak tahu untuk apa dia diuji dengan suka dan duka.

jika dia menerima nikmat,dia gembira.jika dia ditimpa musibah,dia bersedih.

akhirnya dia tua dalam keadaan keliru.untuk apa nikmat itu dan untuk apa musibah itu.

bagaimana adabnya ketika menghadapi nikmat dan bagaimana pula ketika diuji dengan musibah.

dia sesungguhnya tidak mengerti.bagaikan layang-layang,akhirnya dia akan jatuh ke dalam

sungai atau merempuh pokok dan musnah.

bagi orang mukmin,dia ada tali yng terikat dengan Allah.tali itu ialah tali TAQWA.dia nampak seperti tidak bebas tetapi dia tetap selamat.dengan ikatan yang

sekukuh itu,"layang - layang" orang mukmin akan dapat dinaikkan di setiap petang dan dapat

ditarik turun di awal pagi.ia boleh disimpan semula dan dapat dinaikkan semula dengan

selamat petang berikutnya sampai esok pagi...


p/s : ucapan takziah buat keluarga Allahyarhamah YB Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali.. Moga Allah mengurniakan Jannatul Firdaus buatnya..amiiin....Al Fatihah...

Sunday, July 17, 2011

"apa khAbar...>>>"


eh...
lama..yup memang lama jgk tak ronda2 alam maya ^___^ R.I.N.D.U
ni pun curi2 nak taip entry...(baruu je langkah masuk rumah...)
ke mana hilang???
terbang ke negeri sembilan....kampung!
Alhamdulillah kenduri tahlil utk arwah atuk dah slesai,,,lancar...

malam ni nak masuk kan gambar je lah,,,
=)
ad apa kt kampung...???
ni ha....

Ayam ohhhh ayammm...(gmbr hiasan tapi lebih kurang sama jgk!)


ha...lagi...???
yg ni tak bole tinggal...sebab memang ad pokok punnn... :)


tadi masa on d way nak balik,,,sempat singgah "rumah Allah"...
tenang je!

sempattt lagi ^___^



Masjid sultan abdul Samad


Alahamdulillah slmt sampai....
hrni baru terasa letih sesangat2....
rasa mcm ni jeeee....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

comeeelll....(ehem2,,,tak pe sebb dia comel bole interframe ktsni--->takut kucing punye pasal)


alahaiii...^___^ nak tdo tapi tak bole yeee...


rasaye mlm ni gambar je byk...heehee
okhey...nnti sambung lagi...
emm apa lagi anak2...sila lah pejamkan mata anda!
oppssssss...
sebelum tutup mata....
ad hadiah...
nah!
“Spotong roti kering yg engkau mkn d kala sihat. Scawan ai rsejuk yg engkau mnum dgn hati brsih. Sbuah rmh smpit ygengkau huni dgn lapang dada, srta sbuah mushaf (Al-Quran) dtangan yg sentiasa engkau telaah lalu diamalkn isiny… Jauh lbihbaik drpd tinggl d sbuah istana yg megah, nmun stelah itu...engkau dcampakkn ke dlm neraka Hamiah.”..

*********************************************************


p/s : Ombak rindu...





Thursday, July 14, 2011

terbang jauh.....

harini terpaksa buat 2 entry...
sebab gara2 org yg nak terbang ni la...
hu3...sibuk menguruskn dia sorang ni...

jd beberapa hr tak dpt nk ronda2 alam maya nii...
ok...hari tu ad bg tau sapa nak terbang ni???
ni ha org ye.....

-controlll je keje dia... ;p-

eh...sapa dia niiii ^_^
ni ha...ni la adik nurul....
dia nk terbang pi mesir....sob3...(berlakon jee)
jeles jgk sena nye...dulu nurul yg nangis2 nk pi...
tapi jodoh dah kat UIA...haha
tak pe...kira adik nurul ni ganti tempat....



-eh2...fames pulak mamat sorang ni...-

k...
biarkan org yg nak terbng niii...
to be continue....
=)

hAti berBicara....

semaikan jiwamu...
bangkit2,,, bangkit dr segala macam rasa!
^__^
knp??ap yg terjadi???
biar...biar aturan Allah yg menentukan
jgn putus asa dari rahmatNya..
ya...itu yg perlu disemaikan...

syukur masih ad yg
menasihati,
memarahi,
menegur,
menghiburkn diri yg serba lemah ni...T___T

bisikan suara yg memupuk jiwa...
macam....
"ape yang kita suka mungkin bukan untuk kita.."
"engkau,aku,dan dia mahupun sesiapa tiada siapa yg tahu rahsia tuhan itu..."
Allah lebih tahu,
Allah lebih berkuasa,

*************************************************************************************
ok...dh..tak mau touching2 dah...
ops...ha..mmg betulll betul sesangat2...
cuba la BERJALAN...berjalan tanpa henti
sebab tengah jalan2...jumpa lagu ni...^___^
jom dengar..




Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

p/s:bersaksilah rahmatNya akan terserlah...

Wednesday, July 13, 2011



CINTA,
Bukan di bumi sahaja,
Di langit juga ada,
...Dan berseminya memandu kehidupan manusia

Bukan satu ism kemurahan,
Bukan untuk dilafaz dengan kelewaan,
Bukan satu kalimah yang ringan,
Hanya yang mendalami makna cinta akan punya kefahaman,
Sungguh cinta adalah sebahagian perasaan Tuhan

Cinta,
Mesti hendak bersamanya di syurga,
Bukan cinta jika melempar ke neraka,
Tidakkah kau melihat cinta RasulNya kepada kita?
Bahkan kewujudan Utusan itu sebahagian tanda cintaNya.

Cinta membuah toleransi,
Cinta memberikan kefahaman nan serasi,
Dari cinta keluarnya pengorbanan,
Cintalah yang menumbuhkan kasih dan sayang tanpa tandingan,
Dan semua ini adalah bimbingan ke syurga melepasi imiginasi insan,
Balasan buat yang memberikan cintaNya balasan,
Dan yang mencintai yang lain dengan cintaNya sebagai panduan...

p/s:::.hasRaT hAtI::.

Tuesday, July 12, 2011

:::.SebelUM sAat EsOk:::.

**Dengan NamA Allah yg MAhA pengaSih & Maha PENyANYAng**
mcm mne nk mula ayat???-taip je...^___^
hrni memang sehari suntuk mcm "SUpermen" eh...tpi utk yg prmpuan "suPerwomen" kottt
pendek kata pnyelamat xbertauliah agaknye...

mula jd agen cr folder yg hilang...

then,,,hntr org sakit jmpa doktor...

lagi2...uruskan org yg bakal nk terrrbang...terbang jauuuh..sob3...-nak ikuuut!!

-sapa nk terbang???ha...xpe2..nnti nurul gtau sapa gerangan nye...- ^___^

LAGI..???cm biasa rutin harian~~--->melayan arnab@kelinci@bunny laaa...hehehe
ok xpe..yg penting ht kena ikhlas...opsss mcm mne nk dpt kan ikhlas???^____^
sapa bole jwb angkat tgn! hihii jom kita cari jwpn nye k...

jom nk share benda lain lagi ni...
tu kat bawah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



-bunga tulip tanda CiNta-

Monolog dalaman seorang manusia biasa
Ya Allah, perjalanan hidup kami masih panjang.
Berilah kami kekuatan untuk terus berada di atas jalan ini.
Sekalipun susah, biarpun kadang-kadang kami rebah.
Air mata jernih ini mengalir, itu biasa.
Cuma satu yang kami pinta
Limpahilah hidup kami dengan barakahMu,
naungilah kami dengan rahmatMu di akhirat nanti.

Inilah hasil keimanan,
Iman yang kukuh dan subur..
Membuka mata dan hati,
Menumbuhkan kepekaan,
Menyirami kejelitaan, keserasian dan kesempurnaan..
Iman adalah persepsi baru terhadap alam,
apresiasi baru terhadap keindahan,
dan kehidupan di muka bumi,
di atas pentas ciptaan Allah,
sepanjang malam dan siang..
-Sayyid Qutb-




Menjadi muslim adalah menjadi kain putih. Lalu Allah mencelupnya menjadi warna ketegasan, kesejukan, keceriaan, dan cinta serta rahmat bagi semesta alam. Aku jadi rindu pada pelangi itu, pelangi yang memancarkan celupan warna Ilahi. Telah tiba saatnya, derai berkilau Islam tak lagi terpisahkan dari pendar menawan seorang muslim. Dan, saksikan bahawa aku seorang muslim. Saksikan!
"Saksikan Bahawa Aku Seorang Muslim"


"tika wajah penat memikirkan dunia, maka berwudhu'lah.. tika tangan letih menggapai cita-cita, maka serulah Allahu Akbar!.. tika bahu tiada kuasa memikul amanah, maka bersujudlah.. ikhlaskan semuanya dan dekatilah Allah swt, agar tunduk di saat yang lain semua angkuh.. agar teguh di saat yang lain runtuh.. agar tegar di saat yang lain terhampar.."

p/s:opss...mcm pnjg je entry niii...^__^ke pendek???
eh....Jgn LUpa RAMADHAN bakal tiiba.....!preparation???persediaan???ha...haa....

::.cOrat COrEt tintaku...



semaikan jiwamu.....

Bismillahirahmaniraheem..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!...

::.tabahlah duhai hati...tenanglah duhai hati...::.

p/s:merindui...???-_-
(13biji duriann mlm ni...@___@ tguuu kesan dia naaa...-gatai pi makan byk2 sapa suruh...-^____^ )

Sunday, July 10, 2011

::.SundAe vs SunDay::.

ehem3...
tak tau kenapa tangan hrni gatal nk taip..tapi tak pe,memng patut pun...
sebab masa tgh taip entry ni,tgh ditinggalkan KESEORANGAN~~ha...bi nye ALONE...
huhuhu...
heeeheee tapii...suka senanya...mcm ni perasaan nurul

whoaaa.... ^____^ blink2 mata ni ha...

haiip..tapi bkn maksud apa2 tau...suka sebab bole kemas rumah bersih2!,,hbs semua dibERSIHkan niiii ngeh3...tanpa gangguan...
now----->LanDING TIME!!!!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


oppsss...
tapi...sblm landing...jom kita bagi makan dulu ruhiyah kita!sama la mcm jasad kita...
lapo je makan...lapo je makan...kalau bole tak henti2...ececece...
haaa...dah2...emm
sesuai dengan situasi skrg kan,,,nak petik kata2 ni,,
"sesungguhnya dasar keimanan adalah hati yang cerdas, dasar keikhlasan adalah nurani yang jernih, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Dan itu semua itu tidak terdapat kecuali pada diri para PEMUDA.” (Hasan al-Banna, Majmuk Rasail)
pemuda tu bkn kaum ADAM ja...yg HAWA,PEREMPUAN,WANITA,GADIS dan seumpamanya pun bisa juga ^____^
jadi,ha...apa yg dpt disimpulkn dgn kata2 tadi???

haa...meh nak habaq sattt....
jiwa seorg pemuda yg muda,,bak kata org,darah muda ni jgn main2...
maksudnya,.sebagai pemuda&pemudi kita kena harus wajib sedar kita merupakn pewaris bagi generasi seterusnya...salurkn semngt,hati yg cerdas,idea yg bernas,pada tmpatnya
dan sudah semestinya dan wajib pada AGAMAnya...
jGN biarkn hati kita mati..jgn biarkn jasad dikuasai anasir2 negatif..

mcm maneee???
ha.."Hendaklah kamu perhatikan, manusia-manusia yang hebat itu adalah yang hidup dengan ruh mereka, bukan jasad mereka.(Yakni, mereka tidak terikat dengan dunia, hingga bila-bila masa sahaja dunia itu mereka mampu korbankan untuk Allah SWT)... ^__^

Raja bagi segala sesuatu adalah HATI&AKAL...
ha...jom2..jom kita cek balik dua2 nii...Muhasabah,service&RENEW!
okhey...
last but not least...ingatlah teman2...
dunia ini ibarat nafsu dahaga..semakin banyak ditegokkan airnya..semakin haus tekak merasa..
"sina'u an-nahdhoh"


p/s:jauh perjalanan..tak tau bila penghujung...bila??di mana??bagaimana??

(apa khabarmu....????-__- )

wajah baru...new spirit...???

baru???
pss...pss...salam rinduuu
memang lamaa sgt-sgt tak bukk blog ni -_-
bak kata mengabaikan...huk3...
bukan sengaja..tapi ada sebab..sebab??sebab??
biarlah rahsia... ^__^

mcm kes masa nk edit blog ni...al maklum sarang labah-labah
kalah lagi dorang punya!
dan.........
Alhamdulillah!!
hasilnya....tadaaaa....
emm
tapi masih xpuas ht lg ni...
ada lg tak hbs touch up...
tapiii....kena smbung esok dh ni...
sebab...mata cik nurul dh mcm tuuuu.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


p/s: alalala....comel tak??? ;)ZZZzzzzzz.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...