Monday, July 25, 2011

Syurga::Jannah::Paradise...



salam...
masih mencari2 nk tulis apa sbnrye...
tapi masa tengah 'jalan-jalan' tertarik dgn tajuk tuuuu... ;)

kebetulan 7hari je bulan yg di nanti2 ibarat menanti orang yg dicintai tiba...
eh2...bulan??yup bulan Ramadhan,bulan berkat,rahmat,barakah dan mcm2 lagi nickname..
sebab apa,,sebab biar manusia ni,hamba2Nya rasa semngt,berkobar2 nak sambut ramadhan kann...

memng special bulan ni,,sbb pahala bergnda2...yakin!siapa yg tak rebut peluang ni amat2lah rugi lagi binasa...na'uzubillah...konfem2..apabila merebut pahala ganjaran terbesar dan sudah tentu idaman hamba2nya yg beriman ialah Syurga....tapi tak senang2 macam tu je tau nk dapatkn syurga...kena tempah tiket???emmm
"mahar sebuah syurga..."...
macam mana eh???

"Dalam hidup, kita sentiasa berdepan dengan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu kita lakukan. Kedua, perkara yang suka kita lakukan. Sudah menjadi “sunnatullah”, kedua-dua perkara itu saling bertentangan antara satu sama lain. Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan.

Untuk berjaya dalam hidup, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita buat walaupun kita tidak suka melakukannya. Tidak ada pilihan, paksa diri untuk melakukannya! Lawan godaan dan rangsangan yang menggamit hati kita untuk melakukan perkara yang suka kita lakukan.

Dalam hidup, untuk berjaya dan bahagia kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu keluar daripada “zon selesa” menuju “zon mencabar” kerana di zon yang mencabar itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa depan.

Untuk mencapai apa yang kita inginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu berubah. Tetapi perubahan itu “awkward”– yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.

Oleh sebab itulah ramai yang tidak mahu berubah. Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan yang sama. Kesannya? Mereka terus gagal, hina, miskin, lemah atau jahil kerana enggan berubah.

Berlakulah apa yang sering diungkapkan:

“Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!”

Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal..."- Ustaz Pahrol-

p/s:mga ap yg dihajati akan termakbul! ^___^
delete dosa-dosa lalu top up iman di dalam diri dan....redeem pahala sebanyak mungkin... yuk...!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...