Wednesday, July 13, 2011



CINTA,
Bukan di bumi sahaja,
Di langit juga ada,
...Dan berseminya memandu kehidupan manusia

Bukan satu ism kemurahan,
Bukan untuk dilafaz dengan kelewaan,
Bukan satu kalimah yang ringan,
Hanya yang mendalami makna cinta akan punya kefahaman,
Sungguh cinta adalah sebahagian perasaan Tuhan

Cinta,
Mesti hendak bersamanya di syurga,
Bukan cinta jika melempar ke neraka,
Tidakkah kau melihat cinta RasulNya kepada kita?
Bahkan kewujudan Utusan itu sebahagian tanda cintaNya.

Cinta membuah toleransi,
Cinta memberikan kefahaman nan serasi,
Dari cinta keluarnya pengorbanan,
Cintalah yang menumbuhkan kasih dan sayang tanpa tandingan,
Dan semua ini adalah bimbingan ke syurga melepasi imiginasi insan,
Balasan buat yang memberikan cintaNya balasan,
Dan yang mencintai yang lain dengan cintaNya sebagai panduan...

p/s:::.hasRaT hAtI::.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...