Monday, July 18, 2011

:::.TaLI iTu....

orang yang kurang beriman ataupun tidak beriman,hidupnya bagaikan layang2 yang putus tali...

nampak sahaja bebas,ke atas dan ke bawah,ke kanan dan ke kiri.

sebenarnya dia tidak tahu untuk apa dia diuji dengan suka dan duka.

jika dia menerima nikmat,dia gembira.jika dia ditimpa musibah,dia bersedih.

akhirnya dia tua dalam keadaan keliru.untuk apa nikmat itu dan untuk apa musibah itu.

bagaimana adabnya ketika menghadapi nikmat dan bagaimana pula ketika diuji dengan musibah.

dia sesungguhnya tidak mengerti.bagaikan layang-layang,akhirnya dia akan jatuh ke dalam

sungai atau merempuh pokok dan musnah.

bagi orang mukmin,dia ada tali yng terikat dengan Allah.tali itu ialah tali TAQWA.dia nampak seperti tidak bebas tetapi dia tetap selamat.dengan ikatan yang

sekukuh itu,"layang - layang" orang mukmin akan dapat dinaikkan di setiap petang dan dapat

ditarik turun di awal pagi.ia boleh disimpan semula dan dapat dinaikkan semula dengan

selamat petang berikutnya sampai esok pagi...


p/s : ucapan takziah buat keluarga Allahyarhamah YB Dr Lo'lo' Bt Mohd Ghazali.. Moga Allah mengurniakan Jannatul Firdaus buatnya..amiiin....Al Fatihah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...