Saturday, October 22, 2011

manusia cerdik itu...


Bismillahirrahmanirrahim..
Asmlkm w.b.t...
lama nurul x singgah blog..
busy??emm..lumrah kalau dah masuk semester gitu lah ye.. ;) berlakon sibuk jee..hehe
fuh..fuh..nak buang habuk-habuk ni..

walau dah pening-pening lalat ni..
nak jgk taip entry nih..
jom park & read.. ;)

sekadar perkongsian,kira macam kita refresh2.. kisah ni tentang Mati..
emm sebenarnya tidur kita ni,,macam kita mati sementara..
bayangkn,,esoknya kita bangun2 je dah ada kat alam lain..
:( nurul sendiri x mampu membayangkn...
kerdil diri ni,...

jom kita muhasabah,,sebab..nak jdi manusia cerdik x???
macam mana,,,????ha...
MANUSIA CERDIK IALAH MEREKA YANG SENTIASA MENGINGATI MATI.

setiap yang bernyawa pasti akan mati dan tidak

akan terkecuali hatta Malaikat Maut Izrail a.s

jua akan dimatikan oleh Allah s.w.t.Firman Allah Taala yang bermaksud

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.”

Oleh yang demikian kita hendaklah senantiasa mengingati mati sekalipun ada dikalangan manusia yang takutkan mati.Orang-orang yang yakin dan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya yang sentiasa mengingati mati adalah golongan yang cerdik dan pandai.Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:


Abdullah bin Umar r.anhuma berkata, bahawa ketika sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “siapakah yang lebih utama(lebih baik) di kalangan orang yang beriman?”.Jawab Rasulullah s.a.w: “orang yang lebih baik dikalangan orang beriman ialah mereka yag berakhlak mulia”.

Kemudian lelaki itu bertanya lagi: “Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?”.Jawab Nabi s.a.w : “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati”.

Orang yang banyak mengingati mati bererti akan sentiasa mengawasi diri dari melakukan dosa dan maksiat seperti berjudi,berzina, mengumpat,meninggalkan sembahyang dan puasa,menipu dan sebagainya kerana dosa dan maksiat akan membawa akibat buruk di alam barzakh dan lebih-lebih lagi di alam akhirat.

Setiap apa yang berlaku akan sentiasa merujuk terlebih dahulu kepada hukum Allah Taala, bukan seperti pepatah melayu‘tepuk dada Tanya selera’ yang membawa erti hidup di bawah dorongan nafsu.Sebaliknya orang yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa bertanya kepada imannya sendiri iaitu ‘tepuk dada Tanya iman’.

Andaikata dia seorang ketua rumahtangga dan sentiasa mengingati mati maka dia tidak akan mengabaikan dari melaksanakan tanggungjawabnya, memimpin anak-anak dan isterinya menurut petunjuk iman.

Andaikata dia seorang peniaga yang sentiasa mengingati mati, nescaya dia akan menjadi seorang peniaga yang jujur.

Tidak menipu dalam sukatan,tidak menyembunyikan kecacatan barangan yang diniagakan, tidak menindas pengguna dengan mengambil keuntungan yang berlebihan dan sebagainya.

Andaikata dia seorang pemimpin Negara dan masyarakat yang sentiasa mengingati mati nescaya dia tidak akan menggunakan kekuasaannya untuk memuaskan nafsu untuk mengaut kekayaan dari harta Negara dan rakyat dengan memperalatkan kekuasaan yang dimiliki, untuk kepentingan diri dan kelompoknya.

Natijah dari mengingati mati itu akan melahirkan manusia yang berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, tidak menipu, yakin kepada hukum Allah Taala,yakin bahawa rezeki adalah kurniaan Allah bukannya dari manusia,berani menyatakan kebenaran meskipun seorang diri, kerana kebenaran itu adalah dari Allah Taala dan sebagainya.

Orang yang mengingati mati akan sentiasa berusaha menambahkan ilmu terutamanya tentang ilmu yang berhubung dengan Allah Taala, kerana asas kepada keimanan ialah ilmu.Sebab itulah Allah Taala berjanji akan mengangkat darjat orang yang berilmu.Firman Allah Taala Yang bermaksud:

“ Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang yang berilmu pengetahuan beberapa darjat.”

emm..

jadi,,kesimpulannya,,kesenangan akhirat adalah yg kekal abadi..

jom kita rebut peluang,,kesempatan darNya..

moga kita bukan dr golongan yg rugi..

^___^


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...