Monday, August 8, 2011

::.Kekasih::.









8ramadhan....

kejap masa berlalu...

moga usia kita sampai hingga akhir Ramadhan! :)


emm harini nak cerita tentang ap ye???

tertarik dengan kisah ni...kisah 'seorang kekasih'...

sapa lagi kalu bukan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w!


Merindui 'kekasih' ni....

jom kita baca kisah ni ye...


Rumah ialah cermin yg menggambarkan akhlak penghuninya..kesempurnaan adabnya,,kebaikan pergaulannya,,kejernihan hatinya serta keluruhan peribadinya...

Aisyah pernah ditanya "apakah yg dikerjakan Rasulullah di rumah??" lalu Aisyah menjawab


"seperti layaknya manusia biasa,beliau menampal bajunya,memerah susu kambing,dan mengerjakan sendiri pekerjaan rumahnya.."

(Hr Ahmad dan Tarmidzi)


kamu mungkin tak percaya kekasih Allah itu sanggup menyapu sampah,mencuci pakaian yg rosak dan juga menampal sendiri bajunya yg koyak..inilah antara keagungan sifat Rasulullah sebagai manusia sempurna..

dan dari rumah itulah baginda memerintah dan mengendalikan dunia dengn keagungan akhlaknya dan kemurnian cintanya terhadap sesama manusia..


Adakalanya di rumah Rasulullah tidak cukup makanan utk dimakan mereka sekeluarga..

An Nu'man bin Basyir menceritakan keadaan Rasulullah :


"sungguh saya telah melihat bagaimana Rasulullah tidak menemukan daqal(kurma jelek) utk dimakan pada hari itu"


Aisyah meriwayatkan : " kami sekeluarga Muhammad sudah biasa tidak menghidupkan api selama sebulan,,kami hanya makan dari Aswadaani iaitu kurma&air" (HR Bukhari)


Tapi...hal-hal sebegini tidak mnjadikan baginda malas..apatah lagi berhenti daripada bersyukur dan mengingati Allah..Dunia ada di genggamannya apalah erti dunia bg baginda...


Sungguh terpuji kan sifat baginda...^___^ lantaran itu kekasih ini memang mulia di sisi Allah..


bagaimana diri kita??? T____T


Rasulullah pernah bersabda: " tidak akan masuk syurga orang yg dihatinya ada setitik kesombongan "

(HR Muslim)





p/s: jom kita banyakkan selawat ke atas Baginda Muhammad...moga beroleh shafaat..







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...