Sunday, February 20, 2011

POkok Epal Itu....



Why did you keep your burden inside you when you have Allah to tell it to??
Why did you fear everyone might hate you when you have Him who understands you??
Why did you fill your heart with pain and anguish when you have Him to fill it with eternal bliss??
Why did you choose to settle in turbulence when there's is His pure love that speaks of peace??
...terukir salju rinduku...

jom dengar cerita!!! =)

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal
ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan
epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di
perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat
permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang
remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar
pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok
epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi
gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan
permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu
dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu,
petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu
dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ.
Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Masa
berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal
itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok
epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk
mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan
untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku.
Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang
besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan
cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan
pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang
gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali
lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.
Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan
pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di
sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi
budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku
mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot.
Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk
diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk
dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok
epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal
itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali
lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah
usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah
bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa
lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau
jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku
hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu
dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi
untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk
memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika
begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua
itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua
menangis kegembiraan.

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR
TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN
TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.



" Jika ilmu dan amal tidak membuahkan akhlak yang mulia, maka ilmu
dan amal itu tiada nilainya di sisi Allah swt dan manusia "

-HUKAMA-

taman budi & ilmu...
pagi ahad yang tenang!!
mode : rindu rumah...(dah lama x balik heeee )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...